MoU Signing Ceremony with AVON

MoU Signing Ceremony with AVON

15 Jun 2017

Avon ditubuhkan pada tahun 1886 oleh David H. McConnel merupakan syarikat kecantikan terawal di dunia. Tahun ini, Avon kini berusia 131 tahun.

Geomatika University College amat berbangga menjadi rakan strategik IPT- Avon yang ketiga di Malaysia selepas Segi University dan Universiti Malaysia Kelantan. Untuk langkah pertama, seramai 20 orang pelajar akan dipilih untuk menyertai program keusahawanan oleh Avon yang akan bertempat di flagship store Avon, Berjaya Times Square.

Pelajar yang terpilih akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran soft-skills seperti komunikasi menjual, teknik pemasaran dan penjenamaan serta penggunaan system pengurusan stok yang terbesar di Malaysia. Pelajar juga akan mengikuti pembelajaran secara 2u1i bagi program-program Kecantikan dan Kesihatan.

Pihak Geomatika University College berharap agar kerjasama ini akan memberikan situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.

   

  


>> Back to News


Print