Program mobile spa-preneur merupakn satu program untuk memperkasakan tahap profesionalisma usahawan-usahawan mobile spa khususnya dlm pembangunan pengurusan perniagaan yang lebih teratur dan efektif. Seiring dengan permintaan domestik yang tinggi terhadap pengusaha-pengusaha mobile spa, Geomatika university College dengan kerjasama pakar-pakar berpengalaman dalam industri spa dan kecantikan bakal menganjurkan program mobile spa-preneur “road to professional spa-preneur” bagi melahirkan lebih ramai usahawan mobile spa yang profesional, mantap dan berdaya saing.

Objektif program:

  1. Meningkatkan tahap profesionalisma usahawan mobile spa khususnya dari segi etika kerja dan pengurusan perniagaan.
  2. Membuang tanggapan negatif masyarakat terhadap pengusaha mobile spa yang sering dianggap sebagai “minimal profession”.
  3. Membuka minda lebih ramai lagi usahawan mobile spa khususnya kaum wanita untuk memperkasakan ekonomi diri dan keluarga.
  4. Mewujudkan satu sistem yg lebih profesional, effisien dan teratur utk industri mobile spa.
  5. Sebagai satu kump sokongan untuk membantu usahawan mobile spa bagi memantapkan lagi motivasi dan keyakinan diri menceburkan diri dalam bidang mobile spa

Sila isi borang dibawah untuk mendaftar

  • Price: RM 120.00

Panel Jemputan

Puan Ayu Mudiasih

Pengarah Urusan Cemara Spa ( ex Operation Manager for Mandara Spa Malaysia)

Puan Nurhaniza

Pengarah Urusan Sri Sari Herbs

Dr Fairuz Syazana

Dekan Fakulti Hospitaliti & Gaya Hidup, Geomatika University College