News

Sambutan Hari Kemerdekaan GUC 2018

By October 4, 2018 November 30th, 2018 No Comments

Setiawangsa, 7 September 2018 – Unit Kaunseling & Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dengan kerjasama Fakulti Fehum & FS akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kolej Universiti Geomatika yang telah diadakan pada 28 Ogos 2018 sehingga 06 September 2018 di Geomatika University College. Sambutan ini berlangsung selari dengan tema iaitu ‘Gemilang Negaraku, Cemerlang Universitiku’.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam diri mahasiswa/mahasiswi. Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada mahasiswa/mahasiswi untuk disertai. Antara program yang dianjurkan adalah seperti Poster-Design Contest, Mind Game Crosswords, Geomatika Got Talent, Replika Malaysiaku dan Photo Contest.

Program ini telah berjalan lancar dengan bantuan pelajar dan warga kerja Geomatika University College. Sokongan dan penyertaan daripada warga GUC dalam program ini amatlah dihargai. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah memenangi pertandingan.

Leave a Reply