fbpx Skip to main content
tip

Tip Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang Wajib Adik-Adik Tahu

Bila sebut je pasal peperiksaan, tak kiralah UPSR, PT3, SPM dan STPM, mesti dah boleh bayangkan betapa stresnya nak ulangkaji. Jadi bersediakah adik-adik untuk mengharungi ujian paling genting dalam hidup? Ujian ini juga salah satu penentuan siapakah adik-adik pada masa hadapan khususnya kerjaya.

Haa..bertenang..Jangan panik! Dekat sini, kami ada senaraikan beberapa tips untuk adik-adik siap sedia sebelum menghadapi peperiksaan. Apa kata adik-adik cuba ikuti tips ni..mana tahu berkesan untuk adik-adik!

Tak cuba tak tahu kan…

Buat Peta Minda/Gambar/Nota Ringkas

Cuba praktikkan melukis peta minda dengan menulis point-point yang ringkas dan penting tentang sesuatu topic. Jangan masukkan semua pula, itu bukan nota ringkas namanya!

Nak lebih menarik, gunalah pen yang berwarna-warni. Ia dapat merangsang mood adik-adik agar tidak cepat bosan semasa mengulangkaji. Bijak kan?

Ulang kaji secara SMART bukan HARD

Jika adik-adik mengulang kaji seorang diri secara HARDCORE semestinya tubuh badan akan keletihan kerana otak kita mempunyai had tertentu. Jadi belajar secara SMART. Bagaimana?

Caranya, sehari hanya ulangkaji 2 subjek sahaja dan 2 bab untuk setiap subjek. Cari seorang kawan untuk berbincang. Jangan lebih kerana apa? Kalau lebih asyik bersembang je la sampai ke sudah. Jadi, seorang ambil satu topik, baca dan fahami fakta penting untuk 1 jam pertama. Selepas memahami dengan jelas, ceritakan semula dengan rakan tersebut. Akhirnya untuk 2 jam pada hari berkenaan adik-adik sudah boleh kuasai 2 topik. Bijak kan?

Belajar melalui video

Ibarat seperti menonton drama jam 7 di TV3, adik-adik boleh mengingati setiap scene cerita dan hafal dialog lagi. Jadi kenapa adik-adik tidak mahu gunakan teknologi untuk memudahkan proses ulangkaji adik-adik.

Pembelajaran melalui video akan memudahkan adik-adik mengingati apa yang berlaku terutamanya subjek yang mempunyai fakta seperti sejarah. Info grafik yang dipertonton akan memudahkan adik-adik memahami jalan cerita berbanding jika hanya membaca dan menghafal.

Jangan sesekali study LAST MINUTE!

Haa…ini memang sangat perlu ditekankan. Boleh dikatakan hampir semua pelajar mempunyai tabiat buruk ini. Jangan praktikkan selalu tau adik-adik sebab boleh memakan diri.

Apa salahnya persiapkan diri lebih awal dengan mengulangkaji semula topic yang baru sahaja dipelajari di sekolah setiap malam sebelum tidur. Dengan bersedia lebih awal, adik-adik akan lebih relax dan tidak stress untuk menghadapi peperiksaan mendatang.

Jaga makan dan minum

Makanan sebenarnya memainkan peranan penting terhadap tumpuan dan tahap tenaga adik-adik. Oleh itu, adik-adik harus sentiasa menjaga tubuh badan dan otak dengan memilih makanan berkhasiat yang terbukti dapat meningkatkan daya ingatan seperti ikan, kekacang, bijirin, yogurt dan bluberi.

Minum banyak air kosong, ingat bahawa terhidrasi dengan baik adalah penting untuk otak agar bekerja dengan sebaik-baiknya. Pastikan adik-adik menyimpan banyak air sepanjang mengulangkaji, dan juga pada hari peperiksaan.

Akhir kata, banyak lagi tip yang boleh dipraktikkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan kelak. Renung-renungkan dan selamat mengamalkan tip ini. Jadi, kami warga kerja Geomatika University College ingin mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dan semoga Berjaya. Kepada adik-adik yang ingin mencari tempat untuk sambung belajar, Geomatika UC menawarkan pelbagai program seperti farmasi, pembantu perubatan, sains computer, multimedia kreatif, bidang ukur tanah, senibina, kecantikan, pereka fesyen, pereka dalaman dan banyak lagi. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. SEMOGA BERJAYA!

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.