Event

Zombie Menakutkan Gegar Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang

By December 4, 2018 December 7th, 2018 No Comments

Hari Portfolio merupakan aktiviti yang terpenting pada setiap akhir semester untuk menilai hasil kerja setiap pelajar dari Fakulti Hospitaliti dan Gaya Hidup. Penilaian bukan hanya pada hasil kerja malahan pelajar didedahkan kepada industri luar yang berkait rapat dengan bidang yang di ambil. Hari Porfolio juga merupakan salah satu cara paling berkesan sebagai satu bentuk untuk mempromosikan bakat-bakat pelajar dengan pasaran kerja, di mana pelajar boleh menunjukkan serta membuktikan tahap hasil kerja yang mampu dibuat.

Hari Portfolio kali ini telah menggabungkan dua program Diploma iaitu Reka Fesyen dan Kecantikan. Tagline “Fashion Beauty” digunakan untuk menggambarkan gabungan dua program tersebut. Program ini telah diadakan di Sungei Wang Plaza yang berada di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Pemilihan tempat adalah berdasarkan kepada lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai. Bagi peminat fesyen pastinya akan teruja dengan kemeriahan program ini yang dimulakan dengan persembahan tarian pembukaan oleh pelajar Geomatika University College, Setiawangsa.

Program diteruskan lagi dengan pertunjukkan koleksi fesyen dari pereka muda iaitu Jashim, Rose Shafeena dan Mai Wulandari. Setiap fesyen yang diperagakan unik dan mempunyai ciri yang tersendiri. Pereka muda tersebut dari program Diploma Reka Fesyen, Geomatika University College. Acara ini diteruskan dengan peragaan fesyen dari pelajar semester satu Diploma Reka Fesyen.

Apa yang menarik lagi, acara Portfolio ini telah menampilkan pertunjukan seni solekan pelajar dari program Diploma Kecantikan yang bertemakan ‘ZOMBIE’ bersempena Halloween yang lepas. Pengunjung yang mengunjungi pusat beli belah terkemuka Sungei Wang plaza telah dikejutkan dengan kehadiran Zombie. Masing-masing bersorak dan menjerit terkejut apabila melihat telatah Zombie yang juga merupakan pelajar Geomatika University College. Hasil solekan mereka sepenuhnya dari pelajar Diploma Kecantikan yang sememangnya amat menyeramkan dan menyerupai Zombie sebenar.

Program Hari Portfolio ini diakhiri dengan persembahan nyanyian dan peragaan fesyen “Final Collection” dari pelajar Diploma Reka Fesyen semester 4. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 19 November 2018, isnin lalu. Fakulti Hospitaliti & Gaya Hidup juga menawarkan kursus Ijazah Pengurusan Kecantikan dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Untuk mendaftar sebagai pelajar Geomatika University College, sila klik butang dibawah.

Leave a Reply