fbpx Skip to main content
News

5 Universiti Swasta Di Kuala Lumpur Malaysia

Universiti atau institusi pengajian tinggi biasanya terdiri daripada sebuah kolej seni, sains liberal, sekolah siswazah dan professional. Ia bertujuan untuk memberikan ijazah dalam pelbagai bidang pengajian. Universiti berbeza dengan kolej kerana biasanya lebih besar, mempunyai kurikulum yang lebih luas dan menawarkan ijazah dan profesional selain ijazah sarjana. Walaupun universiti tidak muncul di barat hingga zaman pertengahan di Eropah, universiti telah wujud di beberapa kawasan di Asia dan Afrika pada zaman dahulu.

Hari ini, IPTS kerap menjadi pilihan utama pelajar berbanding IPTA disebabkan kualiti pembelajaran yang disediakan selain majoriti lepasan IPTS berjaya memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian. Antara universiti swasta di Malaysia ialah University Taylor’s. Sejak ia dibangunkan pada tahun 1969, Taylor’s University telah menjadi institusi pendidikan swasta terbaik di negara ini. Setakat ini, Taylor telah melahirkan lebih 70,000 graduan dan majoritinya berjaya dalam bidang pengajian yang diceburi. Taylor juga menawarkan Program Mobiliti, iaitu peluang untuk pelajar ditempatkan ke luar negara untuk merasai pengalaman dan budaya pembelajaran luar Negara.

Selain itu, Management & Science University (MSU) yang terletak di tengah tengah kota Shah Alam. MSU menawarkan program khusus dan profesional supaya pelajar boleh menyumbang kemahiran dan pengetahuan kepada industri terkemuka di negara ini. MSU ditubuhkan bertujuan untuk menghasilkan graduan yang komited dengan nilai moral yang baik.

Seterusnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang terletak di lokasi strategic seluruh Semenanjung Malaysia. UniKL adalah universiti yang terkenal dengan bidang teknologi kejuruteraan, ia ditubuhkan pada 20 Ogos 2002. UniKL mempunyai 14 buah cawangan dengan menawarkan pelbagai program asas, diploma, sarjana dan pascasiswazah. Sehingga hari ini, UniKL menawarkan sejumlah 29, 043 pelajar dan sejak penubuhannya, UniKL telah mengeluarkan 37,210 graduan.

Kemudian, SEGi University.  Ia ditubuhkan pada tahun 1977 dan terletak di Kota Damansara. Dengan keluasan 10 ekar dan ia terletak di lokasi strategik berhampiran pusat beli-belah One Utama dan The Curve. SEGi University menawarkan pelbagai peringkat pengajian, dari program sijil, foundation hingga pengajian sarjana dan pascasiswazah. Antara program yang  ditawarkan ialah perniagaan, perakaunan, seni kreatif, kejuruteraan dan sains kesihatan beserta program dalam pelbagai bidang tersedia. SEGi University memberikan sejumlah biasiswa kepada pelajar yang berpendapatan tinggi, seperti Biasiswa Pencapai Tinggi SEGi, Biasiswa Sukan SEGi, Biasiswa Pengetua Sekolah dan Biasiswa SEGi ACE.

Terakhir sekali, Geomatika University College (GUC) yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia dengan bermacam kemudahan dan pembangunan.Ia ditubuhkan pada 2002. Geomatika University College dimulakan sebagai pusat terakreditasi untuk program berasaskan kemahiran di bawah Jabatan Latihan yang Berpengalaman. Geomatika University College mempunyai 11 fakulti iaitu Pembangunan Geospatial dan Tanah, Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Perhotelan, Agro dan Bioteknologi, Sains Farmasi dan Kesihatan, Pengurusan dan Keusahawanan, pengajian Asas, Bahasa dan Pendidikan, Seni Kreatif dan Media, dan pengajian Pascasiswazah. GUC juga merupakan kolej yang mengambil kemasukan pelajar dari luar Negara. Malah ia juga merupakan kolej IPTS yang menawarkan yuran pengajian  termurah.

Geomatika UC menawarkan pelbagai program seperti farmasi, pembantu perubatan, sains computer, multimedia kreatif, bidang ukur tanah, senibina, kecantikan, pereka fesyen, pereka dalaman dan banyak lagi. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat.

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.