fbpx Skip to main content
diploma generalNews

Belajar Online – Bagaimana Untuk Terus Kekal Positif Semasa Pandemik Covid-19

By March 3, 2021November 24th, 2021No Comments

Siapa sangka dengan penularan wabak COVID19, kaedah pembelajaran telah mengalami revolusi yang mengejutkan daripada kaedah penyampaian dalam bilik darjah kepada pembelajaran secara dalam talian. Sejujurnya ia merupakan satu cabaran yang amat besar, bukan sahaja kepada pendidik, malahan kepada pelajar dan ibu bapa. Hari demi hari banyak rungutan yang kita terima khasnya daripada pelajar itu sendri.  Pembelajaran atas talian ada kalanya membuatkan pelajar menjadi seperti hilang motivasi dan semangat untuk hadir ke kelas, lambat menghantar tugasan yang diberikan pensyarah atau yang lagi parah apabila langsung tidak memunculkan diri sehingga akhir semester. Mengapakah perkara ini terjadi?

Antara sebab dan cabaran yang mungkin pelajar hadapi pada waktu yang sukar ini adalah kerana capaian kemudahan internet yang sukar menyebabkan mereka tidak dapat menghadirkan diri ke kelas secara maya. Hal ini lebih memberi kesan kepada yang kurang berkemampuan untuk membeli kemudahan akses internet berbanding mereka yang mampu membeli segala perisian serta internet berkelajuan tinggi.

Selain itu, bagi pelajar yang kurang berkemampuan pasti menghadapi masalah suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar. Masalah ini meliputi suasana persekitaran yang bising, tempat yang sempit serta tiada meja dan kerusi yang sesuai. Bukan itu sahaja, malah untuk pelajar yang kurang berkemampuan,  tiada kemudahan gajet ini pasti menyukarkan mereka untuk mengikuti segala pembelajaran dalam talian yang diusahakan oleh para pengajar dan seterusnya akan menyebabkannya ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.

Jika anda merupakan salah seorang pelajar yang sedang menghadapi masalah seperti yang dinyatakan di atas, berikut adalah cara yang perlu anda lakukan untuk kekal positif menghadapi waktu sukar ini:

  1. Utamakan kesihatan mental dan fizikal anda

Jadikan kesihatan sebagai keutamaan anda, bukan hanya fizikal tetapi juga kesejahteraan mental anda. Jika anda menghadapi tekanan, berbincanglah dengan orang tersayang secara berkala. Perbincangan dengan orang yang paling dekat boleh menyebabkan kita menjadi lebih positif untuk menghadapi cabaran yang datang. Jangan lakukan sesuatu yang lebih dari kemampuan anda kerana ia hanya akan menyebabkan anda menjadi lebih tertekan.

  1. Gunakan kemudahan semaksima mungkin

Jika anda tinggal disekitar kawasan universiti tempat anda belajar, anda masih boleh datang dan manfaatkan kemudahan yang ada. Seperti di Kolej Universiti Geomatika, pelajar boleh memanfaatkan semua sumber digital di sana, seperti kemudahan internet atau belajar di perpustakaan untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

  1. Bersikap realistik dan konsisten

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan jangan cuba mengekalkan tahap produktiviti yang sama seperti sebelum pandemik Covid-19 bermula. Seperti yang kita tahu, dalam keadaan yang sukar seperti ini, banyak perkara yang membataskan kita untuk melakukan sesuatu dengan terbaik. Tetapi anda perlu sentiasa positif dan bersikap realistik dengan apa yang anda mahu capai. Ingat, konsisten dalam berusaha itu lebih penting!

  1. Cari cara untuk memotivasikan diri

Luangkan masa setiap hari untuk terus mengikuti pengajian anda dan beri ruang untuk diri anda melakukan sesuatu yang baru untuk menjadikannya rutin. Antarnya, cari nota lama dan bahan yang telah dipelajari sebelumnya, atau cari kuliah video berkaitan dalam talian untuk meningkatkan minat anda. Selain itu, luangkan sedikit masa setiap hari untuk menyusun atur sudut rumah anda yang boleh dikhaskan untuk belajar. Ini akan meningkatkan semangat anda untuk belajar dan seterusnya lebih bermotivasi untuk belajar.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa belajar memerlukan pengorbanan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Setiap pelajar menghadapi pengalaman yang sama, yang membezakan adalah bagaimana anda mengatasi masalah tersebut. Untuk pelajar yng sedang menghadapi waktu sukar di zaman covid-19 ini, anggaplah ia sebagai peluang untuk memperbaharui dedikasi anda terhadap pelajaran dan matlamat peribadi anda.

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.