fbpx Skip to main content
Eventgis

Bengkel Kajian Impak SmartKADASTER

Pensyarah dari Geomatika University College, Fakulty Geospatial & Real Estate telah dijemput untuk ke Bengkel Kajian Impak SmartKADASTER Fasa Pertama, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Air, Tanah & Sumber Asli (KATS) pada 29 – 30 Januari 2020. Bengkel tersebut berlangsung di Concorde Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pihak Geomatika University College amat berbesar hati dengan menghantar dua orang wakil ke bengkel tersebut.

Puan Nur Hidayu Ishak dan Puan Nur Hidayatul Nazirah Othman telah mewakili Geomatika University College untuk ke bengkel tersebut. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah supaya satu platform atas talian dapat diwujudkan yang berupaya membantu pengguna membuat analisis geospatial dan keputusan yang tepat berasaskan maklumat 3D, data kadaster dan data-data geospatial yang lain.

SmartKADASTER Interactive Portal atau SKiP merupakan satu portal yang berasaskan Multipurpose Cadastre (MPC) oleh FIG (International Federation of Surveyors) dan dibangunkan untuk mewujudkan platform analisa spatial dengan mengoptimumkan peta asas Kadaster yang berketepatan tinggi, realistic dan pintar melalui paparan dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).

Sebagai hasilnya dari projek tersebut adalah data dipersembahkan atas talian untuk penganalisaan melalui SKiP 2D, SKiP 3D dan MySKiP  (Crowdsourced), SKiP Catalogue (Sharing via Services (SOA). Selain itu, pangkalan data SmartKADASTER merangkumi maklumat daripada dapatan kutipan data (DTM, DSM, Feature Extraction seperti Building Footprint, Jalan, POI dan sebagainya) dan data-data Kadaster.

Kesimpulannya, pihak Geomatika University College amat berterima kasih kepada pihak Kadaster kerana telah menjemput kami ke bengkel tersebut. Semoga dengan kehadiran dan sokongan kami, dapat membantu pengguna membuat analisis geospatial.