fbpx Skip to main content
News

Bengkel Pemantapan Outcome Based Education (OBE) & Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Setiawangsa, Kuala Lumpur – Geomatika University College mengadakan satu Bengkel Pemantapan JSU & OBE pada 7 Julai 2020 sehingga 9 Julai 2020. Seramai 30 orang pensyarah termasuk Dekan dari setiap Fakulti menghadiri bengkel selama tiga hari ini.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua staf akademik tentang kepentingan OBE dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Seterusnya adalah untuk menyemak secara sistematik aktiviti P&P dan penilaian kursus supaya selaras dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes). Selain itu, pemantapan semula penggunaan JSU dalam pembangunan soalan peperiksaan juga menjadi salah satu objektif bengkel ini diadakan. Banyak penambahbaikan terutama dari segi pengeluaran laporan yang berkait dengan pencapaian Hasil Pembelajarn Kursus dan juga Hasil Pembelajaran Program secara keseluruhannya.

Geomatika University College telah menjemput panel yang berpengalaman luas dalam OBE dan juga pembangunan JSU iaitu Ts. Dr. Hadzli Hashim, Perunding KAP-OBE. Panel telah berkongsi pelbagai maklumat dan juga pengisian yang padat di dalam Bengkel Pemantapan OBE dan JSU yang berlangsung selama tiga hari. Latihan amali juga diberikan semasa bengkel ini, di mana setiap staf akademik menilai pencapai pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang telah ditetapkan dan menentukan langkah-langkah penambahbaikan berterusan yang boleh diambil pada semester akan datang. Geomatika University College sangat menitikberatkan kualiti Program yang ditawarkan oleh setiap Fakulti.

Pihak Geomatika University College akan menjalankan tugas mengikut maklumat yang dikongsikan oleh Ts. Dr. Hadzli dan melicinkan perlaksanaan kurikulum di peringkat akademik mengikut garis panduan MQA dan Dasar/Pekeliling Bahagian Hal Ehwal Akademik dari semasa ke semasa.

Geomatika University College juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar Covid-19 tidak terus menular. Setiap peserta perlu mengambil suhu badan dan sentiasa menjaga jarak serta kebersihan di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.