fbpx Skip to main content
tip

Cara semak program yang diiktiraf oleh MQA

By July 1, 2022July 5th, 2022No Comments

Hai semua! Jom semak kelayakan program pengajian tinggi di laman sesawang MQA. Tapi sebelum tu, anda sudah tahu apa itu MQA?

Secara ringkasnya, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 untuk mengawal kualiti kursus pengajian tinggi Malaysia.

Berbalik semula kepada cara semak kelayakan program untuk melanjutkan pengajian ke IPT. Adakah anda tahu samada program pengajian yang dipilih itu diiktiraf oleh MQA atau tidak? Berikut kami kongsikan cara semakan MQA secara atas talian.

SEMAK PROGRAM AKREDITASI PENUH

  1. Layari laman sesawang à https://www2.mqa.gov.my/mqr/
Cara semak program diiktiraf oleh MQA | Geomatika

2. Berikut adalah paparan yang anda akan lihat. Untuk langkap seterusnya, anda boleh menatal ke bawah sehingga terlihat paparan seperti rujukan di bawah.

Cara semak program diiktiraf oleh MQA | Geomatika

3. Seterusnya, anda boleh teruskan carian dengan memasukkan nama institusi dan tahap kelayakan seperti dalam gambar di bawah.

Cara semak program diiktiraf oleh MQA | Geomatika

4. Selepas itu, hasil carian akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah.

Cara semak program diiktiraf oleh MQA | Geomatika

SEMAK PROGRAM AKREDITASI SEPARA

  1. Layari laman sesawang > https://www2.mqa.gov.my/pasp/
Cara Semak Program MQA | Geomatika

2. Berikut adalah paparan yang anda akan lihat. Untuk langkap seterusnya, anda boleh mencari nama institusi dengan memasukkan nama institusi seperti contoh dibawah sebagai rujukan.

Cara Semak Program MQA | Geomatika

3. Selepas menekan butang ‘SEARCH’ , keputusan carian akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

Cara Semak Program MQA | Geomatika

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan semakan MQA secara atas talian program pengajian mendapat pengiktirafan Agensi Malaysia Malaysia (MQA) ini dapat memberi manfaat dan berguna untuk semua. Kami hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda berminat untuk sambung pengajian, boleh sambung di universiti Geomatika Malaysia ataupun tidak semestinya dengan kami. Carilah ilmu dimana-mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang Universiti Geomatika Malaysia, boleh terus hubungi Pegawai Pendaftar kami di www.wasap.my/+60122426757/Daftar

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.