fbpx Skip to main content
News

[email protected] 2022 by UGM Melaka

By August 30, 2022No Comments

Program [email protected] 2022 adalah sebuah program yang dianjurkan dengan kerjasama tiga penjuru oleh Universiti Geomatika Malaysia (UGM) cawangan Melaka dan Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA Shah Alam yang bertempat di Universiti Geomatika Malaysia Cawangan Melaka, World Youth Foundation, Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Program ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

[email protected] diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang terjalin di antara semua institusi pendidikan serta organisasi-organisasi yang terlibat serta memupuk gaya hidup sihat dikalangan pelajar dan juga peserta yang hadir.

Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah, Fun Run & Fun Ride ,Senam Aerobik, Saringan Kesihatan,Demo Urutan Sukan,Ceramah Kecergasan & Aktiviti Senaman,Ceramah Pemakanan Sihat & Penyakit Kronik,Kursus Masakan & Jahitan, Pertandingan Memasak,Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Karaoke. Terdapat juga aktiviti lain yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut iaitu ‘Kempen Derma Darah’ oleh Melaka Blood Bank, PMPM & McD Malaysia yang telah mendapat sambutan hangat semasa program berlangsung. McDonalds Malaysia turut menaja makanan dan minuman seperti “Spicy Kam Heong Fish Burger”, “Apple Pie” dan juga jus oren kepada semua yang menderma darah.

Program ini turut dihadiri oleh pelajar dan staff Universiti Geomatika Malaysia (UGM) cawangan Kuala Lumpur dan Melaka,Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan juga pelajar daripada kampus Jasin, Universiti Teknologi Melaka (UTeM) ,Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta orang awam yang juga tidak mensia-siakan peluang untuk menyertai program ini serta mengambil manfaat yang boleh didapati daripada program ini.

Dalam menjayakan program yang berlangsung selama satu hari ini, beberapa agensi antaranya ialah RTM Melaka, PDRM Melaka, RELA Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka, Jabatan Penerangan Melaka, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Pusat Kesihatan Melaka yang turut turun padang bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan semua, Universiti Geomatika Malaysia cawangan Melaka baru sahaja ditubuhkan. Cawangan UGM Melaka ini mula menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia Pembuatan Pastri dan juga Penyediaan Makanan. Dijangka cawangan ini akan menawarkan lebih banyak lagi program di masa akan datang. 

Ingin tahu lebih lanjut tentang program yang ditawarkan di Universiti Geomatika Malaysia ? Anda boleh layari laman web rasmi kami di https://www.geomatika.edu.my/ atau boleh hubungi Pegawai Pengambilan Pelajar (Encik Muiz) melalui talian WhatsApp http://www.wasap.my/+60122426757/Diploma .

#WeAreGeomatika

#DesigningFutureGraduates

#StudyatUGM

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.