fbpx Skip to main content
Eventfaed

Hari Portfolio Fakulti Senibina Dan Rekabentuk Alam Sekitar

Pada 2 Mei 2019, Fakulti Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar telah mengadakan hari portfolio di mana pelajar fakulti ini membentang hasil kerja masing masing untuk dinilai oleh panel pensyarah dan para professional dari industri. Terdapat 4 program yang terlibat iaitu Ijazah Senibina, Diploma Senibina, Diploma Rekabentuk Dalaman dan juga Diploma Senibina Landskap. Tujuan hari portfolio adalah untuk memastikan hasil kualiti kerja yang dilakukan oleh pelajar berkualiti dan setanding dengan universiti yang lain.

Pada hari tersebut, pelajar menyediakan papan pameran “presentation board” dan juga model yang telah disediakan sepanjang semester januari hingga april. Pelajar akan meletakkan  semua hasil kerja dia atas kertas termasuklah lakaran, lukisan 2D dan lukisan 3D yang menarik untuk dipamerkan. Panel luar dijemput untuk memastikan kualiti kerja seiiring dengan kehendak industri serta memberi info terkini mengenai industri senibina.

Panel jemputan untuk ijazah senibina dan diploma senibina adalah cik Aima Nadhira bt Zulkipli iaitu arkitek dari arkitek Alma. Panel untuk senibina Landskap adalah encik Amir Zuhairi bin Alias dari Pentago Group. Manakala panel dari Reka bentuk dalaman adalah Cik Anis Alia dari ZigZag Builders. Para panel ini menilai dan memberi pendapat kepada pelajar mengenai hasil kerja yang telah dilakukan. Selain dari itu, mereka juga ada memberi tips dan idea kepada pelajar untuk dimanfaatkan pada masa hadapan.

Proses penilaian hasil kerja pelajar dilakukan kepada tiga ruang berlainan bersama panel masing-masing. Di sini pelajar bersama-sama berkongsi ilmu yang diberikan oleh para panel industri kepada individu pembentang. Setiap pelajar dapat menilai hasil kerja masing-masing sambil menyukat tahap kualiti kerja yang telah dilakukan.

Majlis portfolio Fakulti Senibina dan Rekabentuk Alam bermula dari pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Majlis ini berhenti sekejap untuk watu makan tengah hari pada pukul 1 sehingga 2 petang. Tepat jam 4 petang, majlis bersurai di mana sesi penyampaian nasihat dan komen secara keseluruhan diberikan kepada pelajar. Majlis kemudiannya bersurai.