Early Childhood Homeschool Teacher Certificate adalah satu kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh pihak GUC kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempunyai kemahiran Profesional sebagai Guru Sekolahrumah atau Homeschool Teacher. Kursus ini di tawarkan memandangkan semakin ramai ibubapa yang berminat untuk menjadikan rumah sebagai sekolah bagi anak-anak kecil mereka. Situasi semasa wabak Corona pula menjadikan minat ibubapa ini lebih kuat memandangkan ibubapa masih lagi mempunyai perasaan takut dan bimbang untuk menghantar si kecil ke mana-mana pusat jagaan memandang risiko jangkitan sangat tinggi.
Kursus ini juga sangat sesuai kepada mereka yang berminat untuk bekerja sebagai Homeschool Teacher. Ini adalah kerana kerjaya sebagai Homeschool Teacher yang berkelayakan merupakan satu kerjaya yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia masa kini. Kerjaya sebagai Homeschool Teacher merupakan kerjaya yang sangat fleksibel dan boleh mendatang pendapatan yang lumayan jika di sertai dengan ilmu dan kemahiran yang betul.
Daftar segera untuk kami bantu anda mendidik si kecil dengan cara dan gaya yang betul bagi memastikan si kecil anda sentiasa belajar dengan penuh gembira. Kami percaya anda sanggup melabur ilmu demi masa depan yang tersayang.
Apa yang anda belajar????
Ada dua komponen utama yang akan kami berikan pada anda:-
- Komponen Psikologi
- Komponen Pedagogi/cara mengajar
Kelas akan bermula pada 15 JUN 2020
Daftar sekarang sehingga 5 JUN untuk dapatkan HARGA PROMOSI