fbpx Skip to main content
Eventfaed

Imbas kembali: Lawatan Tapak pelajar Senibina Geomatika ke Pulau Langkawi

Pada 6-8 Februari 2017, pelajar-pelajar Fakulti Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi bersempena lawatan tapak untuk aktiviti sudio. Lawatan pelajar senibina ini meliputi 3 hari aktiviti di Pulau Langkawi.

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul di perkarangan Universiti Kolej Geomatika pada pukul 9 malam. Kemudiaanya, pelajar menaiki bas menuju ke kuala perlis dari Setiawangsa. Perjalanan diteruskan dengan menaiki feri selama satu jam ke pulau langkawi. Tepat jam 8 pagi, pelajar senibina akhirnya berpijak di atas pulau tersebut.

Aktiviti di pulau langkawi dimulakan dengan sarapan pagi dan daftar masuk ke hotel. Aktiviti pertama ialah Island Hopping dimana pelajar menaiki bot ke dua pulau iaitu Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Di pulau tersebut pelajar bermandi manda selain dari menikmati pemandangan pantai. Aktiviti ini juga disertakan dengan pengalaman menarik “Eagle Feeding’ iaitu memberi burung helang makan di Kilim Geopark. Pada malam hari, pelajar berkumpul bersama pensyarah masing-masing bagi membincangkan mengenai kerja yang perlu dilakukan di tapak esok.

Aktiviti pagi pagi dimulakan dengan sarapan pagi hotel dan kemudiannya bergerak ke kuala muda, langkawi dimana tapak projek akan dilakukan. Di sini, pelajar membuat analisis tapak dan kawasan sekeliling. Pelajar senibina mengumpul semua data termasuk cuaca, penduduk setempat dan potensi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Muda. Setelah selesai aktiviti analisis tapak, pelajar seterusnya menaiki bas menuju ke Pantai Kok untuk menaiki kereta cable ke gunung Mat Chinchang. Pada malamnya, aktiviti diteruskan dengan persembahan dan penyampaian hadiah serta bbq.

Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, pelajar bergerak pergi ke Pekan Kuah untuk aktiviti membeli belah cenderahati sebelum bertolak ke Jeti Kuah langkawi. Sebelum menaiki feri, lawatan ke Tugu Helang iaitu aktiviti wajib pelancong ke Langkawi dilaksanakan. Pelajar senibina kemudiannya bergambar sambil menunggu masa feri berlepas.

Tepat jam 1.30 petang, pelajar senibina geomatika menaiki feri ke jeti Kuala Perlis. Setibanya di jeti kuala perlis, pelajar menaiki bas menuju ke kuala lumpur. Pada jam 9 malam bas tiba di perkarangan Universiti Kolej Geomatika dan pelajar pulang ke rumah masing- masing dengan selamat.