fbpx Skip to main content
EventNews

Istiadat Pemasyhuran Canselor & Penganugerahan Kehormat

By January 6, 2021January 11th, 2021No Comments

30 Disember 2020 – Kolej Universiti Geomatika (KUG) telah mengaturkan  Istiadat Pemasyhuran Canselor & Penganugerahan Doktor Kehormat kepada YaBhg Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abd Rahman sebagai Canselor pada 30 Disember 2020 lalu yang bertempat di Ames Hotel, Melaka. Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Md Ali turut hadir untuk memeriahkan Majlis Pemasyhuran ini.

Penganugerahan Doktor Kehormat kepada YaBhg Toh Puan (Dr.) Hajah Asmah Abd Rahman dalam bidang pembangunan wanita dan keluarga adalah berketepatan dengan sumbangan dan usaha murni beliau di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan wanita dan keluarga khususnya di negeri Melaka. Penganugerahan ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan beliau malahan menaikkan lagi semangat beliau untuk meneruskan usaha dalam membantu menaikkan martabat kaum wanita.

YaBhg Toh Puan (Dr.) Hajah Asmah Abd Rahman yang merupakan isteri kepada TYT Tun Seri Setia (DR.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Gabenor Negeri Melaka merupakan seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan wanita di negeri Melaka termasuklah menjadi Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan negeri Melaka dan Pengerusi Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Melaka. Sumbangan dan usaha YaBhg Toh Puan dalam membangunkan masyarakat di negeri Melaka merupakan salah satu kualiti yang dipandang tinggi oleh KUG sekaligus melantik beliau sebagai Canselor KUG.

Sebagai Canselor KUG, beliau meletakkan harapan tinggi untuk bersama-sama KUG meningkatkan kemajuan universiti di samping membantu anak-anak Melaka khususnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.   Beliau juga berharap agar dapat melaksanakan tugas sebagai Canselor dengan baik selari dengan akta 555 Kementerian Pengajian Tinggi.

Presiden Kumpulan Geomatika, Yang Berbahagia Professor Datuk Surveyor Dr Mohaizi Mohamad menyambut kejayaan KUC yang telah memasuki penubuhan tahun ke-16 dengan bertungkus lumus membangunkan program-program berdaya saing yang mampu untuk memenuhi permintaan industri semasa. KUG juga telah melancarkan pelan strategik untuk 5 tahun ke depan yang bertemakan “Shaping 25 Beyond Education -The New Business” yang memberi fokus untuk mencapai taraf universiti penuh pada tahun 2021 dan juga untuk menjadikan KUG sebagai salah satu universiti digital dalam memasuki era serta norma baru.

Menurut beliau, bermula tahun 2020, KUC telah menjadi salah sebuah institusi yang mengalakkan pengajaran dan pembelajaran secara terbuka dan tanpa sempadan dengan berpandukan kepada dunia empat dimensi VUCA Covid-19 (Volatile, Uncertain, Complexity, Ambiguous) dan cara untuk mengubah situasi kepada Vision, Understanding, Clarity & Agility”. Mengulas pencapaian GUC sehingga menjadi sebuah institusi yang berjaya, beliau berkata ianya menjadi inspirasi kepada beliau untuk menubuhkan sebuah Kampus Cawangan di negeri Melaka bagi membantu menaikkan ekonomi setempat.

“Saya yakin dengan adanya sokongan daripada Canselor dan juga potensi Sektor Pendidikan Tinggi di Melaka dapat sama-sama kita bekerjasama membantu anak-anak Melaka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi”, katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pemasyhuran.

Turut hadir Istiadat Pemasyhuran Canselor ialah ahli Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Selain itu, beberapa pemimpin tertinggi universiti bersama penerima anugerah kehormat turut memeriahkan upacara ini.

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.