fbpx
beautyEvent

Kem Jati Diri Remaja, FAHOL di Rimba Kalong Eco Resort

By February 18, 2020No Comments

Program jati diri ke Rimba Kalong Eco Resort, Ulu Yam, Selangor diadakan bagi pelajar- pelajar Fakulti Hospitaliti dan Gaya Hidup iaitu terdiri daripada pelajar Seni Reka Fesyen, Kecantikan dan Kesihatan dan juga Pengurusan Pelancongan Geomatika University College. Program jati diri ini diadakan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar disamping dapat merehatkan minda mereka dengan kehidupan alam sekitar. Aktiviti luar ini juga membantu pelajar untuk membuka minda dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan serta memberi sedikit sebanyak pengalaman terhadap diri setiap individu.

Objektif utama program ini adalah untuk membuka minda dan memberi pendedahan tentang alam sekitar dan hidupan flora fauna. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan bagi konservasi hidupan liar dan habitatnya. Ia juga untuk membentuk pelajar agar mempunyai sahsiah dan disiplin yang cemerlang, azam, iltizam semangat, kekuatan mental dan emosi dalam menjalani kehidupan dewasa. Program ini juga untuk membina keterampilan diri dan kewibawaan pelajar sebagai pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan Negara di masa akan datang. Memupuk semangat kerjasama, setia kawan dan menerapkan nilai kasih sayang sesama insan dikalangan pelajar-pelajar.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Februari 2020, khamis lalu. Fakulti Hospitaliti & Gaya Hidup juga menawarkan kursus Ijazah Pengurusan Kecantikan dan Diploma Pengurusan Pelancongan. Untuk mendaftar sebagai pelajar Geomatika University College, sila klik butang dibawah.

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.