fbpx Skip to main content
News

Kenali Universiti Geomatika Malaysia

Geomatika University College (GUC) terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur telah ditubuhkan sejak tahun 2002 lagi. Sekarang Geomatika telah mendapat status Universiti Penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan telah bertukar nama menjadi Universiti Geomatika Malaysia (UGM). Universiti Geomatika adalah dibawah satu bumbung Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dimiliki oleh 100% bumiputera. Universiti Geomatika menawarkan lebih 40 program dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai bidang. Antara program yang ditawarkan adalah bidang pembantu perubatan, farmasi, senibina, reka fesyen, kecantikan, ukur tanah, sains computer, kreatif multimedia, kewartawanan, rekaan dalaman, pengurusan hartanah, perniagaan dan banyak lagi. Setiap program yang ditawarkan telah mendapat kelulusan dari Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Universiti Geomatika menawarkan biasiswa untuk para pelajar Geomatika yang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Antara organisasi yang menawarkan biasiswa antaranya Yayasan Geomatika, Baitul Maryam dan Starway Education. Selain biasiswa yang ditawarkan, pleajar juga boleh memohon pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Antara biasiswa yang ditawarkan adalah elaun sara diri, bantuan asrama, bantuan pengangkutan, tiket penerbangan untuk pelajar Sabah dan Sarawak, yuran pengajian serta yuran pendaftaran. Selain itu, Universiti Geomatika juga menyediakan fasiliti dan kelengkapan untuk sesi pembelajaran yang lengkap. Kami mahukan graduan Universiti Geomatika berkualiti tinggi dan berdaya saing. Barulah boleh berjuang di zaman yang serba canggih dan moden ini. Geomatika juga menawarkan peluang kerjaya yang tinggi untuk para graduan dengan berkolaborasi dengan industri di luar sana.

Kepada sesiapa yang ingin dan berniat untuk sambung belajar di Universiti Geomatika Malaysia, boleh terus melayari laman sesawang di https://www.geomatika.edu.my/study-at-guc/ atau boleh menghubungi Pegawai Pendaftaran di www.wasap.my/+60122426757/Dip .

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.