Setiawangsa, Kuala Lumpur – Kursus Pemasaran Lain Dulu Lain sekarang telah berlangsung selama dua hari, pada sabtu dan ahad, 11 dan 12 Julai 2020. Kursus ini adalah anjuran bersama Kelab Peduli Warga Kuala Lumpur dan Yayasan Geomatika. Kursus Pemasaran Lain Dulu Lain Sekarang telah diadakan di Geomatika University College, Setiawangsa.
Dengan kehadiran 15 orang peserta atau lebih tepat lagi bakal usahawan berjaya, telah menyempurnakan kursus dua hari ini. Peserta terdiri daripada warga Kuala Lumpur yang telah mempunyai perniagaan dan berumur dalam lingkungan 20 tahun ke 60 tahun. Usia bukanlah penghalang untuk mereka semua. Bagi mereka, usia hanyalah angka. Kesungguhan dan matlamat mereka untuk berjaya lagi penting.
Terima kasih kepada Encik Zaharudin Othman sebagai Penasihat Kelab Peduli Warga Kuala Lumpur kerana telah memberi peluang kepada Kelab Peduli untuk terus belajar ilmu pemasaran dengan Geomatika University College.
Tahniah kepada semua peserta yang hadir dalam kursus ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik yang mungkin. Semoga maju jaya dan bergelar jutawan suatu hari nanti.
#wearegeomatika #yayasangeomatika #programkomuniti