fbpx
Event

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2020 Musim Covid-19

By July 1, 2020No Comments

Cerita semalam. Kisah pendaftaran pelajar baharu ke Geomatika University College (GUC).

GUC merupakan salah sebuah IPTS yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan telah menerima pelajar dari segenap pelusuk. Dari Utara hingga ke Selatan. Dari Timur hingga ke Barat. Tidak kurang juga pelajar dari Sabah dan Sarawak. Pendek kata, semua pelajar GUC diterima sekiranya lepas syarat kelayakannya.

Tak sangka dah lebih 4 bulan kita semua hidup dalam ‘norma baru’ disebabkan oleh kemunculan virus Covid-19 yang tak diundang. Bahaya kan virus tu. Jangan buat main-main. Semoga kita semua boleh memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus merebak. GUC pun dah sedia untuk hadapi ‘norma baru’ ni.

Sejak-sejak musim Covid-19 ni, cara pendaftaran pun dah lain sekarang. GUC perlu mengikut SOP yang telah disediakan oleh kerajaan untuk mengelakkan penularan virus Covid-19. Untuk pendaftaran semalam, GUC hanya membenarkan 2 orang sahaja memasuki Dewan Indasari di tingkat 3 iaitu pelajar dan ibubapa/penjaga. Tapi sebelum tu, pelajar dan ibubapa/penjaga perlu membuat pendaftaran ‘self-check in’ di tempat masuk utama.

Pelajar dan ibubapa/penjaga perlu memeriksa suhu terlebih dahulu dan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan. GUC juga turut menyediakan ‘Hand Sanitizer’ untuk memastikan pelajar dan ibubapa/penjaga dalam keadaan bebas Covid-19. Pelajar dan ibubapa/penjaga diminta untuk memakai topeng muka dan jaga jarak sosial satu meter.

Pelajar dan ibubapa/penjaga disambut dengan gembira oleh pegawai GUC yang bertugas pada hari kejadian.  Ada pelajar yang masuk asrama dan ada juga yang ulang alik dari rumah sahaja. Pelajar yang mendaftar semalam dari program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sehinggalah ke program Ijazah Sarjana Muda.

Kepada korang-korang yang masih mencari tempat untuk sambung belajar, jom lah mendaftar di GUC. Syarat kemasukan hanyalah 3 kredit dalam SPM untuk program Diploma selama 3 tahun. GUC juga menawarkan pelbagai program. Korang boleh tengok kat sini https://www.geomatika.edu.my/study-at-guc/ .

Terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga yang berkorban untuk anak mereka, GUC akan cuba sedaya upaya menjalankan amanah yang diserahkan oleh ibubapa/penjaga untuk mendidik anak kalian.

Buat pelajar-pelajar, kasihani la ibubapa/penjaga kamu, balas la segala pengorbanan ibubapa/penjaga kamu dengan memanfaatkan tahun pembelajaran dengan cemerlang, bukan hanya pada pelajaran tetapi pada segala aspek kehidupan, mudah-mudahan segala ilmu tersebut memberi manfaat buat ibubapa/penjaga kamu di akhirat kelak.

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR BARU KE GEOMATIKA UNIVERISTY COLLEGE! Stay safe dan Stay Healthy!

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.