PENULIS: MAHATHIR BIN MOHAMMAD
EDITOR: MS YUGEETHA
Perlaksanaan latihan industri di firma merupakan salah satu kaedah pembelajaran kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dan bersedia menghadapi alam pekerjaan setelah tamat belajar. Latihan industri ini sangat bermanfaat kepada pelajar latihan industri. Dengan ini,pelatih dapat meningkatkan kemahiran dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan di tempat kerja. Pendedahan suasana kerja seperti bekerjasama bersama pekerja menyiapkan projek seperti perbincangan projek, perkongsian idea, perbahagian kerja dan lain-lain merupakan pengalaman yang tidak dapat lupakan. Menurut salah seorang pelatih di sebuah agensi media yang merupakan pelajar tahun akhir program kewartanan penyiaran Geomatika, latihan industri amat penting bagi setiap pelajar kerana ia amatlah bermanfaat untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan sebenar kelak. Dengan adanya pendedahan awal di latihan industri, beliau berkata pelajar dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan, malah keyakinan diri menjalankan sesuatu kerja dan lain-lain. Ini kerana pelatih dapat belajar menggunakan kamera dengan betul, mempelajari cara menulis sebuah proposal dan artikel mengikut format yang betul. Secara tidak langsung ia membantu pelatih mengasah kemahiran dalam dari segi menggunakan kamera, penulisan dan pencarian sumber maklumat.
Antara cabaran-cabaran yang ditempuhi dalam menjalani latihan industri ini apabila pengamalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan pada minggu ke-5 latihan industri yang menyebabkan pelatih terpaksa melakukan kerja-kerja berkaitan projek yang dibuat dari rumah. Ia menyebabkan pelatih tidak boleh bergerak ke pejabat malah masalah dari segi sambungan jalur lebar juga turut menyukarkan pelatih untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan menghantar hasil kerja yang disiapakan kepada penyelia. Namun, pelatih tetap dapat mengatasi isu ini dengan berbincang kepada penyelia mengenai tugasan mingguan dengan lebih kerap melalui media social yang membolehkan pelatih mengetahui mengenai perkembangan projek yang sedang dibuat malah turut melanggan jalur lebar yang berkelajuan tinggi bagi mengatasi masalah dalam mencari maklumat mengenai sesuatu tugasan. Dengan ini, segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri pelatih dalam meningkatkan keyakinan diri dan pengetahuan bagi menghadapi alam pekerjaan yang kian mencabar masa kini.
“Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri”, katanya. Program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat beberapa cabaran yang sedikit sebanyak memberi pengalaman berharga kepada mereka. Melalui latihan industri ini juga, pelatih turut didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar berbanding sebelum ini yang hanya mengetahui dari sahabat handai dan saudara mara sahaja. Apabila menempuh dan melalui sendiri suasana alam pekerjaan ini, pelatih dapat merasai pengalaman dan sekaligus mempelajari suatu yang baru serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan industri ini.