Hari Portfolio merupakan aktiviti yang terpenting pada setiap akhir semester untuk menilai hasil kerja setiap pelajar yang terbabit. Penilaian bukan hanya pada hasil kerja malahan pelajar didedahkan kepada industri luar yang berkait rapat dengan bidang yang di ambil. Hari Porfolio juga merupakan salah satu cara paling berkesan sebagai satu bentuk untuk mempromosikan bakat-bakat pelajar dengan pasaran kerja,di mana pelajar boleh menunjukkan serta membuktikan tahap hasil kerja yang mampu dibuat.
Kriteria yang ditekankan pada Hari Portfolio adalah untuk membuat penilaian hasil kerja pelajar secara keseluruhan sepanjang sesi pembelajaran, menggilap bakat pelajar berdasarkan kepada bakat, kreativiti, pengalaman pembelajaran dan semangat berpasukan serta menanam sikap yakin diri pada setiap pelajar.
Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tempat : Sungei Wang Centre, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Masa : 12.30 pm – 5.30 pm
Hari : Isnin
Tarikh : 19 November 2018
Hari Portfolio ini akan melibatkan para pelajar dari dua program iaitu Diploma Reka Fesyen dan Diploma Kecantikan & Kesihatan. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana.