fbpx Skip to main content
EventNews

Post Natal Therapist Program

Program Kursus Terapis Penjagaan Ibu Selepasa Bersalain (Post Natal Therapist) telah diadakan di Universiti Geomatika Malaysia (UGM) bawah anjuran Al Azhar Care  dan ditaja khas oleh Yayasan Hasanah dan Yayasan Bursa Malaysia.

Teori dan Praktikal Kursus yang dilaksanakan di UGM) berlangsung selama sebulan dan seramai 30 orang peserta daripada Terengganu dipilih untuk menyertai kursus ini. Peserta telah menjalani sesi temuduga untuk memastikan peserta yang dipilih layak dan berminat dalam bidang post natal.

Tujuan utam kursus ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan dalam kalangan wanita serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang post natal.

Setelah tamat kursus ini, peserta akan ditempatkan di spa-spa yang menawarkan perkhidmatan post-natal untuk jalani proses latihan industry.

Semoga semua peserta memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan masing-masing.

Selamat menjalankan latihan indusri dan semoga peserta dapat mengejar impian untuk menjadi Post Natal Therapist!