fbpx Skip to main content
EventNews

Program Cakna Pelajar UGM X YG

By July 29, 2022No Comments

Program Cakna Pelajar (Gerobok Rezeki) kerjasama antara Universiti Geomatika Malaysia dan Yayasan Geomatika adalah untuk membantu para pelajar Universiti Geomatika Malaysia agar dapat meringankan beban masing-masing. Antara sumbangan yang diberikan adalah barang keperluan harian dan makanan seperti bihun, kicap, sos, minyak masak, mee segera dan banyak lagi.

Kami juga turut mengalu-alukan orang awam atau kakitangan Geomatika untuk turut menyumbangkan makanan, barang keperluan atau wang tunai atau cek. Kepada mereka yang berminat untuk menyumbang boleh terus hubungi Puan Zarifah, Kaunselor Universiti Geomatika Malaysia melalui emel [email protected] .

Atau boleh terus menyalurkan sumbangan di Yayasan Geomatika 562188305943 (Maybank). Semoga segala amal baik kita diterima olehNya. Semoga dengan Program Cakna Pelajar ini dapat memberikan kegembiraan kepada kita semua. Terima kasih diucapkan kepada yang telah menyumbang untuk menjayakan Program Cakna Pelajar ini.

Get Free Ebook: Scholarships For Students In Malaysia

Signup now and receive an email once I publish new content.

I agree to have my personal information transfered to Geomatika University College

GUC will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.