Pelaksanaan Seminar Pendidikan STEAM Awal Kanak-Kanak anjuran Geomatika University Collge adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak khusus yang berkaitan dengan perkembangan pedagogi semasa iaitu pendidikan STEAM dan cabaran-cabaran yang bakal didepani oleh para pengamalnya melalui perubahan dan pelaksanaannya mengikut perkembangan semasa.
Melalui seminar ini adalah diharapkan peserta menyedari keperluan tambahan dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya daripada segi pengisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar seiring dengan perkembangan dan revolusi semasa. Ia boleh menjadi nilai tambah supaya proses pengajaran dan pembelajaran tampak segar dan menarik perhatian golongan sasaran iaitu kanak-kanak . Adalah diharapkan melalui seminar ini juga, matlamat utama supaya Geomatika University College menjadi pilihan utama masyarakat umum dalam mendalami ilmu dunia pendidikan awal kanak-kanak tercapai dan menjadikan GeoKid Campus Pilihan utama ibubapa.