Kod Kelulusan
B-040-1/2/3
B-040-1/2/3
2 Tahun
Sepenuh Masa
Kursus ini diprogramkan untuk melahirkan pelatih yang mahir dalam menyediakan lukisan pelan dalam pelbagai bentuk struktur kejuruteraan awam. Di samping itu, lepasan kursus ini diharapkan dapat mengetahui pelbagai aspek kursus yang ditawarkan seperti system saliran, bahan-bahan binaan, ilmu kaji ukur, pengurusan projek dan tafsiran dan seumpamanya.
Kurikulum kursus memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus ini diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Sebagai tambahan, graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.
*Kemasukan ke Tahap 2 – Lulus PPL Tahap 1