Kod Kelulusan
BC-050-3:2013
BC-050-3:2013
2.0 Tahun
Sepenuh Masa
Sijil Pelukis Pelan Senibina merupakan suatu program kemahiran. Ia merupakan satu program kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta merekabentuk model-model bangunan.
Program adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam bidang pengajian secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai tambahan, graduan juga mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.