fbpx Skip to main content
eceNews

Tips Dan Teknik Pujuk Anak Makan Nasi

Anak kecik susah makan nasi,tiada selera makan,junk food, fast food, makanan manis, anak tak nak makan, susah makan nasi

Anak anda susah makan nasi?anak anda ‘picky eater’?. Memang tension bila anak susah makan nasi terutama bila ibu sudah penat-penat masak. Bagi ibu,situasi ini memang menjadi masalah yang besar. Tapi, usah risau kami akan cuba membantu ibu-ibu untuk mengatasi perkara ini.

  1. Menghias makanan

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menghias makan!. Pendekatan ini dilihat biasa tapi bagi anak ianya dianggap ‘ luar biasa’. Bayangkan anak teruja bila melihat nasi dan sayur dihias seperti muka ‘teddy bear’, anak pasti suka.

  1. Makanan berkhasiat yang pelbagai

Kalau anak anda jenis susah untuk makan sayur atau buah, cuba campurkan sedikit dengan krim, keju atau aiskrim. Pasti anak anda akan teruja!

  1. Beri perhatian

Ketika anak anda makan, beri tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Boleh bercerita sambil makan dengan anak. Tips ni nampak kelakar, tapi berhasil. Percayalah!

  1. Makan sekali dengan anak

Makan sekali dengan anak bukan sahaja mampu memberi dorongan dan galakan kepada mereka, sekaligus boleh mengeratkan hubungan bersama mereka. Jadikan waktu makan, waktu yang berkualiti bersama anak.

  1. Jangan Paksa Anak

Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut.Bertolerasi adalah cara yang terbaik. Atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’. Contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka.

  1. Dan akhir sekali ialah Doa! Dan kena yakin serta percaya atas usaha yang kita buat.