Pada Januari 2021, HEPA dibawah GUC Career Development Centre & (UiBL) telah menjalankan MoU dan usahasama dengan syarikat QWORK, penyedia platform pekerjaan “GIG’.
QWORK merupakan online platform yang menawarkan pekerjaan kepada pelajar secara sambilan, sepenuh masa dan internship. Pekerjaan yang ditawarkan untuk pekerja sambilan juga adalah fleksibel mengikut masa dan kesesuaian skil para pelajar.
Platform QWORK dijana oleh MDEC, Alliance Bank dan SOCSO serta pelajar yang bekerja dibawah platform ini akan dilindungi insurance selama setahun. Pelajar yang berminat boleh mengisi profail yang diperlukan didalam aplikasi yang disediakan dan carian kerja sedia untuk dipohon oleh pengguna ,aplikasi akan membuat carian terdekat mengikut jenis carian pelajar di apps.
Para pelajar yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar dan menjana pendapatan melalui usahasama antara GUC dan QWORK. Sila gunakan kod GMUC2020 apabila mendaftar ke aplikasi ini.