Trend bekerja dari rumah atau Work From Home menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi sektor-sektor tertentu yang tidak mewajibkan mereka untuk datang ke pejabat sepeti biasa.
Jadual yang fleksibel dapat mengurangkan tekanan di persekitaran tempat kerja dan tidak bergelut dengan kesesakan pengangkutan awam menjadi pilihan mengapa ia menjadi pilihan terbaik untuk mengurangkan kadar kebolehan jangkitan tempatan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Apa yang lebih menarik, trend pekerjaan ini turut memberi idea kepada suri rumah menggunakan kepakaran dan kemahiran mereka untuk menjana pendapatan peribadi secara tidak langsung.Ianya membantu menaikkan produktiviti para suri rumah untuk menjadi usahawan bermula secara kecil-kecilan dan akhirnya mampu menjadikan sebagai semangat untuk lebih maju dalam perniagaan.
Oleh itu, satu ruang kerja di rumah perlu diwujudkan bagi membantu golongan ini menyempurnakan tugasan mereka dengan lebih teratur agar segala kelengkapan kerja yang diperlukan tersedia dan kondusif untuk digunakan.
Ada beberapa tips yang boleh dipraktikan untuk dekorasi “Mini Office” di rumah:
- Pemilihan sudut yang sesuai
Pejabat di rumah sebaiknya mempunyai kriteria selesa bagi membolehkan anda fokus dengan tugasan atau kerja.Sekiranya keluasan kediaman tidak terlalu besar, mungkin anda boleh menggabungkan atau menggunakan satu ruang sedia ada bagi mewujudkan ruang kerja seperti dalam bilik tidur.
Namun sebaliknya elakkan ruang tamu kerana ia ruang untuk bersosial, malah suasana di ruang tamu kurang sesuai untuk memberikan tumpuan ketika bekerja.
- Pilih konsep ikut cita rasa
Anda juga seharusnya memilih konsep yang bersesuaian dan mengikut citarasa anda.Konsep minimalis atau konsep ringkas antara pilihan popular. Elakkan hiasan dengan perhiasan yang serabut.Ruang kerja sentiasa kemas dan teratur.
- Gunakan pembahagi ruang
Ruang kerja tidak memerlukan keluasan yang besar sekadar dilengkapi perabot dan perkakasan kerja.
Pembahagi ruang paling mudah adalah mengecat dinding bagi sudut ruang kerja kerana ia lebih murah malah jimatkan ruang. Bagi mewujudkan keceriaan dan aura baik, boleh bermain dengan pilihan warna kontra untuk sesetengah elemen di ruang.
- Pilihan perabot yang tepat
Meja dan kerusi yang bersesuaian dengan ruang kerja.Sebaiknya ruang perabot tidak terlalu besar. Rekaan harus ringkas dan tidak makan ruang.Pastikan perabot dwifungsi dan mempunyai kotak atau ruang simpanan yang kemas.
- Pencahayaan
Faktor ini penting untuk ruang kerja kerana ia pencahayaan semula jadi terutama dapat membantu mengurangkan kos utility dan sebaiknya berdekatan dengan tingkap.
- Dekorasi ruang kerja
Dekorasi ruang kerja memainkan peranan penting untuk mengurangkan tekanan ketika bekerja.
Jadi, letakkan sedikit elemen hijau atau biru yang sering menjadi simbolik ketenangan.Penggunaan tumbuhan indoor boleh menjadikan udara sekitar ruang kerja lebih segar.